mama gaga

Sunday, February 14, 2010

Cinta Adalah Satu Anugerah

Cinta itu satu anugerah, anugerah terindah yang diberi olehNya. Sesuatu yang lahir dari perasaan tulus dan tanpa dipaksa. Satu perasaan yang cukup indah dan tidak semua orang memilikinya, tetapi kenpa apabila anugerah itu dating dan dengan mudah orang tidak menghargainya? Kenapa bagi sesetengah orang cinta itu sangat murah dan boleh dikutip dimana sahaja mahupun di lorong kecil yang gelap? Aku bingung. Bukankah cinta itu terlalu mahal harganya sehingga tidak mampu dibeli sekalipun dengan nyawa? Wahai shabatku , apabila cinta itu singgah pada dirimu, belajarlah hargai dan hormati perasaan itu kerana tidak semua orang bertuah untuk merasa cinta kerana ada yang dikhianati cinta, ada juga yang tidak pernah merasa cinta dan ada yang kekal. Hormatlah rasa itu agar kamu akan bahagia…